Friday, January 24, 2020

Meja kerja 2

Ingat tak meja besar warna merah tadi? Meja berlabel: Tugas Hari Ini.

Kalau tak ingat, sila tengok semula!

Apabila saya klik meja atau folder itu, akan terpapar meja-meja ajaib ini:
Perasan tak? Sebenarnya saya ulang-siar gambar yang tadi.

Saya nak tunjuk pada anda bagaimana saya buat kerja sorang² dan gunakan apa yang ada.

(jangan percaya sangat kenyataan tu. Sudah tentu saya tak mampu lakukannya seorang diri. Namun saya tau siapa yang boleh saya minta tolong untuk lakukan bagi pihak saya.

Bukan tolong percuma. Biasanya saya bagi upah lah.

Pertama, kita lihat strategi ofline yang saya buat.

Saya akan klik folder berkenaan!
Buat masa ini saya akan guna 1 folder sahaja. Kenapa? Kerana saya cuna ada satu kaedah iaitu: edar flyers pada orang ramai.


Nampak satu tapi di dalamnya...

...ada 3 (TIGA) file

File 1: Cadangan Target Lokasi
   iaitu lokasi² yang dikenalpasti kami akan terjah dan edar flyer pada penduduk di situ.

Ini macam kolam yang penuh dengan pengguna la. Mereka akan di pujuk untuk membeli minyak morha.

Cara nak isi file excell ni, mudah! Senaraikan sahaja lokasi yang anda teringat.

File 2: Hari Kerja
   Ini file rekod kehadiran. Jika ada pekerja, isi. Kalau hanya anda seorang, anda lah pekerja. Sendiri bos ssndiri kuli. Maka kena isi jugak.

File 3: Lengkapkan
   Saya dah tak tahu nak bagi nama apa untuk file ini. Yang penting, lengkapkan!

Apabila dah lengkap, bermakna selesailah tugas kita. Hasilnya, serahkan pada Allah. Kalau Dia bagi, bersyukurlah. Jika tidak berjaya, sabar dan redho-lah.

Semoga Allah terima segala usaha kita itu sebagai sebahagian daripada amalan soleh.

"jadi miskin, ujian. Jadi kaya pun, ujian. Allah lebih tahu mana satu yang kita sesuai. Ada orang miskin, bahagia. Setelah jadi kaya, jadi calon neraka. Ada pula orang kaya macam calon neraka tetapi apabila jatuh miskin, ibadatnya seperti ahli syurga"

Demikian kata guru saya. Wallahu'alam.

Tugasan pertama anda ialah:
Buat folder² seperti yang yang saya tunjukkan itu. Itu adalah meja kerja anda.

Tak ada kerja, tak ada uoah, ok.

Sementara itu, saya ada sediakan video cara create folder Drive

Untuk bantuan terus  Cheguman morha
 Klik +60194402211 

No comments:

Post a Comment

Meja Kerja 3 morha

Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing Lihat semula file² yang kita ada tadi: ...ada TIGA file File 1:  Cadangan Target Lokasi ...