Wednesday, February 14, 2018

Ramuan herba minyak morha

10 herba terbaik dunia dalam minyak morhabshi

1⃣ Myrrh atau Commiphora Myrrha

berasal dari somalia, banyak tumbuh di afrika dan timur tengah hingga ke india. Myrrh terbit dari bahasa arab iaitu mur bermaksud pahit. 

Resin myyrh yang digelar 'miracle resin' ini amat dihargai sejak zaman mesir purba. 

Tentera rom dibekalkan myrrh apabila ke medan perang kerana sifatnya mampu menghilangkan kesakitan, menyembuhkan luka, membasmi kuman, dan menguatkan imunisasi tubuh manusia.


2⃣ Mustaka atau Cyperus Rotundus


merupakan herba terbaik di india dan wilayah sekitarnya terutama bagi merawat pelbagai jenis demam selain pelbagai masalah lain.


3⃣ Safron atau Crocus Sativus

terkenal sebagai herba termahal di dunia hingga diberi gelaran herba 1001 khasiat. Boleh dikatakan tidak ada bangsa yang tidak mengetahui keistimewaan safron atau zaafaran ini. Setiap kilogram safron berharga antara RM25-35k.


4⃣ Hempedu Bumi atau Andrographidis Herba

dianggap raja segala herba dan terkenal bukan sahaja di kepulauan melayu bahkan menjadi buruan para pedagang seluruh dunia dahulu kala.

Ubat memang selalunya pahit. Ia bukan sahaja cepat menghentikan darah malah sering digunakan dalam rawatan darah tinggi dan kencing manis.


5⃣ Misai Kucing atau Orthosiphon Stamineus

sangat terkenal dalam perubatan di nusantara.  Ia dikatakan bertindak menyingkir asid urik dan berkesan menghindari penyakit berkaitan hempedu dan buah pinggang. Bagi yang tahu, bukan itu sahaja khasiatnya.


6⃣ Dukung Anak atau Phylanthi Herba

Walaupun namanya pelik namun mempunyai nilai perubatan yang amat tinggi meliputi penjagaan kulit, buasir, demam, hepatitis B, dan lain-lain.
Barangkali itulah sebab dinamakan Dukung Anak yakni bagaikan seorang ibu yang melindungi anaknya dari apa sahaja ancaman.

7⃣ Daun Sireh atau Piperis Folium

sudah tidak perlu diperkenalkan lagi bahkan ia menjadi syarat utama dalam perubatan samada bersifat zahir mahupun bathin. Ia cepat menghentikan luka termasuk hidung berdarah.

8⃣ Raja Kayu

Namanya pun RAJA kayu. Ia digunakan dalam rawatan penyakit luaran dan dalaman serta digunakan secara meluas untuk urutan.

9⃣ Minyak Zaitun (olive oil) atau Oleaeurofea

tidak perlu diperkenalkan lagi lantaran seluruh dunia mengakui pelbagai khasiatnya. Selain untuk kulit ia sebenarnya boleh merawat strok,  peredaran darah, dan banyak lagi.

Minyak Bijan atau Sesame Oil

amat diminati masyarakat cina dan india sehingga digunakan dalam pelbagai perkara. Biji Bijan kaya dengan zat besi, kalsium, magnesium, zink, tembaga, Vitamin E , Vitamin B dan menyimpan pelbagai manfaat.

Sesuatu yang ramai tidak tahu, ia baik untuk menegang payu dara dan alat kelamin lelaki.

Minyak morha atau nama asalnya minyak morhabshi mengandungi semua herba yang tercatat di atas.

Semua kebaikan datangnya dari Allah taala jua. Tidak bergerak walau satu zarah tanpa izin-Nya.

Sekarang, mari kita lihat kegunaan Minyak Morha pada penguna
OK. Teruskan>>

Cheguman morha






No comments:

Post a Comment

Meja Kerja 3 morha

Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing Lihat semula file² yang kita ada tadi: ...ada TIGA file File 1:  Cadangan Target Lokasi ...