Friday, January 24, 2020

Meja Kerja Morha

Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing

Ini tugasan PERTAMA

Tahu apa itu Drive?
Jika anda biasa guna Drive maka ia satu kelebihan. Jika belum, anda akan mahir menggunakannya dalam masa beberapa minit sahaja.

Saya beritahu sebelum ini bahawa saya bukan nak ajar anda guna aplikasi. Secara tepatnya aplikasi ini akan dijadikan sebagai SUIS UTAMA (main switch) bagi menggerakkan aktiviti perniagaan anda.


Jika orang lain cuma mengambil maklumat menggunakan hujung jari, saya akan tunjukkan bagaimana menukarkan maklumat menjadi duit hanya menggunakan jari


Inilah Google Drive. Fungsinya, menyinpan fail² secara maya. Ertinya, kita boleh simpan dari mana² lokasi dan ambil semula dari mana² lokasi, apabila kita perlukan.

Kita memang PERLUKAN!

------------------------------------------------------------
Bagaimana saya manipulasikan Drive?
------------------------------------------------------------


Tengok... apabila saya klik Drive tadi, ini folder yang saya akan nampak.



Lihat folder yang saya ada. Jika saya nak fail 2016, saya klik sahaja Folder 2016 itu.

Di zaman maklumat ini, maklumat sangat penting. Jika anda belum merasakannya tak apa. Yang penting anda percaya bahawa ia penting untuk usahawan online atau ofline, atau keduanya.

Zaman ini semua orang ada banyak maklumat TETAPI tak semua orang boleh ambil semula maklumat yang disimpan ketika mereka perlukan.

"Sesiapa sahaja boleh mendakwa ikan di lautan itu dia boleh ambil percuma tetapi cuba suruh dia pergi ambil!!!"


Perhatikan meja kerja saya. Saya guna cat warna merah supaya saya mudah nampak.

Apabila saya klik di situ, ruang kerja lain pun terbuka seperti berikut:


Dah la merah, saya letak pula label Tugas Hari Ini supaya saya tahu apa yang perlu dibuat hari ini.


Jom klik dan tengok apa tugas yang ada hari ini.


Comel tak? 

Merah untuk promosi ofline, iaitu penduduk setempat.

Hijau pulak untuk saya dapatkan bakal pelanggan yang jauh di mata dekat di hati.

Saya akan terangkan satu persatu. Secara linear sebab saya tak nak anda terlepas.

Kali ini saya cuma nak tunjuk susun atur meja kerja.

Tengok betul² ye. Jangan sambil lewa. Saya faham, info percuma macam ini memang tak dipedulikan sangat.

Bersyukur pada Allah yang menggerakkan hati saya untuk beri anda percuma. Tapi bukan bermakna tiada nilai!!!

Boleh pandang sebelah mata pada saya tapi bukan pada apa yang saya sedang ajar ini.

Mari saya tunjukkan 
langkah seterusnya

Untuk bantuan terus  Cheguman morha
 Klik +60194402211


No comments:

Post a Comment

Meja Kerja 3 morha

Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing Lihat semula file² yang kita ada tadi: ...ada TIGA file File 1:  Cadangan Target Lokasi ...