Sunday, January 26, 2020

Meja Kerja 3 morha

Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing

Lihat semula file² yang kita ada tadi:

...ada TIGA file

File 1: Cadangan Target Lokasi



File 2: Hari Kerja
   Ini file rekod kehadiran. Jika ada pekerja, isi. Kalau hanya anda seorang, anda lah pekerja. Sendiri bos ssndiri kuli. Maka kena isi jugak.

File 3: Lengkapkan
   Saya dah tak tahu nak bagi nama apa untuk file ini. Klik dah laksanakan.. Insya-Allah. 😁

Untuk bantuan terus  Cheguman morha
 Klik +60194402211

Tarik perhatian bakal pembeli



Jika semua orang sedang berdiri dan ada seorang duduk maka yang duduk itu akan dilihat orang. Dalam bisnes jangan buat jika ramai yang dah buat. Buatlah apa yang orang tidak buat.

Ini bukan bermakna anda perlu fikir perkara baru. Idea lama yang dah ketinggalan zaman pun akan menarik perhatian bakal pembeli.

Flyers
Bilakah kali terakhir anda lihat flyers di dalam peti surat rumah? Jika jawapannya dah lama atau jarang² berbanding dulu maka gunakan kaedah ini.

Namun jika anda masih menerimanya setiap hari, fikirkan sesuatu yang lain dari yang lain.


Lain dari yang lain



Jangan fikir untuk buat lain dari yang lain bermaksud anda kena tukar bahannya. Itu hanya salah satu cara.

Usahawan yang cerdik akan melihat apakah yang pesaing lakukan dan apa yang belum dilakukan. Contohnya jika kebanyakan flyers berwarna warni maka dia akan gunakan satu warna sahaja.


Kekerapan



Berapa kali flyers dihantar kepada seorang bakal pengguna? Jika kebanyakan produk hanya sebulan sekali atau hanya sekali anda boleh lakukan lebih kerap atau banyak kali.

Setelah penat anda membaca berkenaan flyer tadi, saya nak bagitau sesuatu yang mungkin membuatkan anda terpaksa berfikir semula...


"Bagi flyer, orang buang. Bagi kalendar, orang gantung kat dinding sepanjang tahun."

Rileks. Flyers ada fungsinya.

Tips!!!
Ketika Syafiq Morha (salah seorang usahawan morha sepenuh masa) ke Jepun, beliau pernah diberi flyer yang dikepilkan sebiji gula².

Hmm..idea kecil tapi hebat!!!

Mahu tahu strategi keuntungan lumayan?

-----------------------------------------------------------------
Sebelum ini...                              Hubungi saya
-----------------------------------------------------------------

Untuk bantuan terus  Cheguman morha
 Klik +60194402211

Kos

Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing



Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media sosial dianggap paling baik sebab kos sangat rendah.

Kalau nak untung banyak jangan lokek keluar modal yang sesuai.

Kenapa guna lebuh raya jika dah tau semua peniaga pilih jalan itu?

Manusia memang ramai di media sosial tetapi melihat pada lambakan info di situ, bakal pembeli sudah tidak peduli dengan iklan dan makin ramai yang abaikan iklan.

Murah tapi tak dipedulikan.

Ciri penting iklan ialah dapat tarik perhatian orang ramai

-------------------------------------------------------------------
Nak tau? OK. Teruskan
-------------------------------------------------------------------

Untuk bantuan terus  Cheguman morha
 Klik +60194402211

Ofline atau online?

Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing



Hari ini rata² orang bercakap pasal bisnes online. Maksudnya guna saluran internet untuk mempromosi dan menjual.

Namun strategi offline jangan dilupa!!!

Apabila ramai yang menggunakan online maka ruang ofline menjadi lengang.

Bayangkan anda lalu di lebuh raya yang kurang kenderaan. Bukankah lebih lancar dan mudah sampai ke destinasi?


-------------------------------------------------------------------
Teruskan
-------------------------------------------------------------------

Untuk bantuan terus  Cheguman morha

 Klik +60194402211



Rangka Strategi

Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing



Pernah dengar orang kata: bagaimana acuan begitulah kuehnya. Tanam lalang takkan tumbuh padi.

Justeru jika mahu jual minyak morha perlu ada cara yang betul

-------------------------------------------------------------------
Cara yang betul itu sepatutnya mudah. Kalau susah mungkin ada yang tak kena...
-------------------------------------------------------------------

Pernah pasang skru? Kalau susah nak pulas, ertinya ada yang tak kena la tu.

Ada dua perkara yang perlu dipertegaskan. Pertama, plan dan kedua ialah tindakan.

Orang yang gagal merancang, awal² dikira gagal. Orang inggeris kata: 'when you fail to plan, you are planning to fail'.

RM2500 adalah jualan 46 botol minyak morha!

Anda dah nampak 46 orang itu? Gunakan imaginasi anda!

----------------
 Teruskan
----------------

Untuk bantuan terus  Cheguman morha

 Klik +60194402211

Friday, January 24, 2020

Meja kerja 2

Ingat tak meja besar warna merah tadi? Meja berlabel: Tugas Hari Ini.

Kalau tak ingat, sila tengok semula!

Apabila saya klik meja atau folder itu, akan terpapar meja-meja ajaib ini:
Perasan tak? Sebenarnya saya ulang-siar gambar yang tadi.

Saya nak tunjuk pada anda bagaimana saya buat kerja sorang² dan gunakan apa yang ada.

(jangan percaya sangat kenyataan tu. Sudah tentu saya tak mampu lakukannya seorang diri. Namun saya tau siapa yang boleh saya minta tolong untuk lakukan bagi pihak saya.

Bukan tolong percuma. Biasanya saya bagi upah lah.

Pertama, kita lihat strategi ofline yang saya buat.

Saya akan klik folder berkenaan!
Buat masa ini saya akan guna 1 folder sahaja. Kenapa? Kerana saya cuna ada satu kaedah iaitu: edar flyers pada orang ramai.


Nampak satu tapi di dalamnya...

...ada 3 (TIGA) file

File 1: Cadangan Target Lokasi
   iaitu lokasi² yang dikenalpasti kami akan terjah dan edar flyer pada penduduk di situ.

Ini macam kolam yang penuh dengan pengguna la. Mereka akan di pujuk untuk membeli minyak morha.

Cara nak isi file excell ni, mudah! Senaraikan sahaja lokasi yang anda teringat.

File 2: Hari Kerja
   Ini file rekod kehadiran. Jika ada pekerja, isi. Kalau hanya anda seorang, anda lah pekerja. Sendiri bos ssndiri kuli. Maka kena isi jugak.

File 3: Lengkapkan
   Saya dah tak tahu nak bagi nama apa untuk file ini. Yang penting, lengkapkan!

Apabila dah lengkap, bermakna selesailah tugas kita. Hasilnya, serahkan pada Allah. Kalau Dia bagi, bersyukurlah. Jika tidak berjaya, sabar dan redho-lah.

Semoga Allah terima segala usaha kita itu sebagai sebahagian daripada amalan soleh.

"jadi miskin, ujian. Jadi kaya pun, ujian. Allah lebih tahu mana satu yang kita sesuai. Ada orang miskin, bahagia. Setelah jadi kaya, jadi calon neraka. Ada pula orang kaya macam calon neraka tetapi apabila jatuh miskin, ibadatnya seperti ahli syurga"

Demikian kata guru saya. Wallahu'alam.

Tugasan pertama anda ialah:
Buat folder² seperti yang yang saya tunjukkan itu. Itu adalah meja kerja anda.

Tak ada kerja, tak ada uoah, ok.

Sementara itu, saya ada sediakan video cara create folder Drive

Untuk bantuan terus  Cheguman morha
 Klik +60194402211 

Meja Kerja Morha

Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing

Ini tugasan PERTAMA

Tahu apa itu Drive?
Jika anda biasa guna Drive maka ia satu kelebihan. Jika belum, anda akan mahir menggunakannya dalam masa beberapa minit sahaja.

Saya beritahu sebelum ini bahawa saya bukan nak ajar anda guna aplikasi. Secara tepatnya aplikasi ini akan dijadikan sebagai SUIS UTAMA (main switch) bagi menggerakkan aktiviti perniagaan anda.


Jika orang lain cuma mengambil maklumat menggunakan hujung jari, saya akan tunjukkan bagaimana menukarkan maklumat menjadi duit hanya menggunakan jari


Inilah Google Drive. Fungsinya, menyinpan fail² secara maya. Ertinya, kita boleh simpan dari mana² lokasi dan ambil semula dari mana² lokasi, apabila kita perlukan.

Kita memang PERLUKAN!

------------------------------------------------------------
Bagaimana saya manipulasikan Drive?
------------------------------------------------------------


Tengok... apabila saya klik Drive tadi, ini folder yang saya akan nampak.



Lihat folder yang saya ada. Jika saya nak fail 2016, saya klik sahaja Folder 2016 itu.

Di zaman maklumat ini, maklumat sangat penting. Jika anda belum merasakannya tak apa. Yang penting anda percaya bahawa ia penting untuk usahawan online atau ofline, atau keduanya.

Zaman ini semua orang ada banyak maklumat TETAPI tak semua orang boleh ambil semula maklumat yang disimpan ketika mereka perlukan.

"Sesiapa sahaja boleh mendakwa ikan di lautan itu dia boleh ambil percuma tetapi cuba suruh dia pergi ambil!!!"


Perhatikan meja kerja saya. Saya guna cat warna merah supaya saya mudah nampak.

Apabila saya klik di situ, ruang kerja lain pun terbuka seperti berikut:


Dah la merah, saya letak pula label Tugas Hari Ini supaya saya tahu apa yang perlu dibuat hari ini.


Jom klik dan tengok apa tugas yang ada hari ini.


Comel tak? 

Merah untuk promosi ofline, iaitu penduduk setempat.

Hijau pulak untuk saya dapatkan bakal pelanggan yang jauh di mata dekat di hati.

Saya akan terangkan satu persatu. Secara linear sebab saya tak nak anda terlepas.

Kali ini saya cuma nak tunjuk susun atur meja kerja.

Tengok betul² ye. Jangan sambil lewa. Saya faham, info percuma macam ini memang tak dipedulikan sangat.

Bersyukur pada Allah yang menggerakkan hati saya untuk beri anda percuma. Tapi bukan bermakna tiada nilai!!!

Boleh pandang sebelah mata pada saya tapi bukan pada apa yang saya sedang ajar ini.

Mari saya tunjukkan 
langkah seterusnya

Untuk bantuan terus  Cheguman morha
 Klik +60194402211


Monday, January 13, 2020

Bengkel Membina Ofis Maya 2020 siri 1





2020 ialah tahun wawasan. Semua di hujung jari.

Hanya guna hp. Tak perlu sewa ofis, tak perlu bayar gaji staf. Buat promosi, terima order, terima bayaran, buat penghantaran, dsbnya.

Ada pula robot yang layan pertanyaan custumer 24 jam.



Jom join bengkel khas membina ofis maya menggunakan aplikasi-aplikasi percuma. Hanya guna hp android biasa² je. Tak perlu iphone canggih manggih.

Kami tunjukkan cara menggabungkan (intergrasi) beberapa aplikasi mudah menjadi alat marketing yang berkesan. Insya-Allah.

CUMA RM75 (full version). Bukan setakat preview kursus. Harga murah sebab coach tak glamor dan tempat latihan tak perlu disewa. Minum pagi, makan tengahari, minum petang disediakan.

+ bimbingan berterusan selepas kursus.
+ peluang buat kerjasama networking
+ peluang bekerjasama dalam koperasi
+ tips dropship

Tarikh: 22/2/2020 (Sabtu)
Tempat: Morha Marketing, Bukit Baru Melaka
Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Bayaran: RM75

http://wasap.my/60194402211/bengkel

Betul² tak ada masa? Ok. Saya bagi tutorial di sini sahaja. Namun saya nak ingatkan bahawa saya bukan nak ajar guna aplikasi tetapi untuk menjadikan aplikasi sebagai alat marketing. 

Besar perbezaannya! Tanpa kefahaman yang betul, anda cuma akan dapat kemahiran menggunakan Google Drive yang ramai orang sudah lama tahu.

Apapun kalau nak cuba juga tanpa hadir kelas, boleh klik Panduan Wakil Jualan Morha yang saya bina khas untuk agen Morha.


Cheguman morha
 +60194402211

Meja Kerja 3 morha

Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing Lihat semula file² yang kita ada tadi: ...ada TIGA file File 1:  Cadangan Target Lokasi ...